Assalamualaikum...
Saya
merupakan ibu kepada tiga orang anak. Anak pertama lahir pada 2007 dan
kini berusia enam tahun. Anak yang kedua pula menyusul setahun selepas
itu. Si kecil pula kini berusia hampir dua tahun dan masih menyusu
badan. Alhamdulillah.
Saya
mula mengambil Shaklee sebagai makanan tambahan sekitar awal 2012.
Tujuan utama saya ketika itu ialah untuk menambah susu badan kerana saya
bertekad untuk menyusukan anak ketiga saya selama yang boleh. Sejarah
penyusuan saya dengan anak-anak yang sebelum ini tidaklah begitu
memberangsangkan.
Anak
pertama tidak berjaya saya susukan kerana tidak mempunyai ilmu
penyusuan ketika itu. Bermula dari hari dia dilahirkan lagi anak sulung
saya telah diperkenalkan dengan botol susu. Malahan susu formula
merupakan makanan pertama anak sulung saya. Memang sedih jika diingatkan
semula namun apa yang berlaku semuanya ada hikmahnya kan.
Waktu
pantang anak pertama memang agak memilukan jika dikenang semula. Anak
saya langsung tidak mahu menyusu dengan saya. Saya cuba mengepam dan
beri susu saya melalui botol. Tetapi cara ini hanya berkesan selama
sebulan saja. Tambahan pula susu formula merupakan makanan utama anak
saya menggantikan susu ibu.
Susu
formula telah menyebabkan anak saya menghidapi CMPA (Cow's Milk Protein
Allergy). Pendedahan susu formula yang terlalu awal telah trigger
elergi anak saya memandangkan suami mempunyai penyakit resdung. Anak
saya tidak boleh minum susu berasaskan susu lembu. Ekzema naik satu
badan. Anak berusia sebulan menangis meronta-ronta ketika dimandikan.
Losyen badan berjenama mahal mesti sentiasa disapu dibadannya. Sabun
mandi juga mesti jenama yang sama kerana sabun tersebut dapat 'lock'
kelembapan kulit. Kulit tidak boleh kering dan tidak boleh berpeluh
kerana peluh menyebabkan kulitnya gatal dan merah-merah, menyebabkan dia
menggaru-garu sehingga berdarah. Sedihnya saat itu hanya Allah yang
tahu.
Lalu
anak saya terpaksa bertukar ke susu formula berasaskan soya. Ketika itu
pengetahuan tentang susu ibu amat sikit. Hampir tiada. Saya bergantung
sepenuhnya kepada nasihat doktor. Tidak langsung mencari maklumat dari
mana-mana sehinggalah saya dipertemukan semula dengan sahabat lama
melalui YM. Laman susibu diperkenalkan dan dari situ saya mempelajari
betapa pentingnya susu ibu kepada seorang bayi.
Ketika itu juga saya sedang mengandungkan anak kedua. Jadi saya bertekad saya akan menyusukan anak saya selama yang boleh.
Lahir
anak kedua, saya menyusukan anak saya. Alhamdulillah. Dan susu yang
banyak ketika dalam pantang turut dikongsi oleh si abang. Sikit pun
jadilah. Bersyukur ketika itu. Alahan si abang juga semakin berkurangan.
Mungkin kerana usia yang semakin meningkat, mungkin juga kerana
diberikan sedikit susu badan. Wallahualam.
Anak
kedua berjaya saya susukan sehingga berusia 14 bulan. Kemudian
diperkenalkan kepada susu formula atas alasan ketika itu, anak saya
bersaiz kecil dan susu saya tak cukup untuk menampung keperluan
tubuhnya. Saya beralah dengan orang keliling lalu diberikan susu formula
bernutrisi lengkap tersebut.
Lalu
untuk anak ketiga saya bertekad untuk mengambil supplemen ketika tempoh
penyusuan. Shaklee menjadi pilihan saya kerana ianya natural, tidak
ditambah dengan bahan sintetik serta diperakui oleh ramai ibu-ibu yang
menyusukan bayi mereka.
Alhamdulillah
hasilnya memang nampak. Susu menjadi lebih pekat dan banyak. Stok
sentiasa mencukupi untuk anak ketiga saya. Yang penting ilmu penyusuan
juga harus seiring dengan pengambilan supplemen tersebut. Fahami konsep
supply dan demand dan jaga jadual mengepam.
Selain
hasil susu yang bertambah dari segi kuantiti dan kualiti, saya juga
perasan yang saya semakin bertenaga berbanding sebelum ini. Hasil yang
memberangsangkan ke atas diri sendiri membuatkan saya yakin dengan
Shaklee. Mula sebagai pengguna, akhirnya saya mengambil keputusan untuk
menjadi pengedar Shaklee yang sah. Syukur Alhamdulillah Allah telah
menggerakkan hati saya untuk menyertai Shaklee.
Sertai saya dan rasai pengalaman hidup lebih sihat bersama Shaklee.
Zety Zin
Shaklee Independent Distributor
ID 1001018
0192929796





0 comments:
Post a Comment